Nak hidup lebih berjaya di tahun 2020?
Sebelum anda meneruskan pembacaan ini, admin ingin memaklumkan bahawa 5 strategi ini merupakan input yang diperoleh menerusi live sharing ringkas yang disampaikan oleh Tuan Fahdi Ghazali, founder Funnel Evo. Admin cuma ambil point penting sahaja untuk di highlight di sini. Sekiranya anda belum kenal siapa Tuan Fahdi Gahzali, anda boleh klik pautannya di SINI.
Admin percaya, setiap kali masuk tahun baru, ramai yang memasang azam untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik. Ini bukan sesuatu yang baru. Tambah pula hampir 2 tahun kita dibelenggu dengan pelbagai perkara; antaranya pandemik Covid-19 dan yang terbaru, musibah banjir.
Jadi tidak hairanlah jika ramai yang menaruh harapan agar 2022 menjanjikan yang terbaik buat mereka. Namun, adakah semua ini dapat dicapai hanya dengan niat dan kata-kata manis sahaja?
Actions speak louder than words. Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk mengubah hidup agar tahun 2022 menjadi lebih baik dan luar biasa?
Jom baca!
- BERGANTUNG KEPADA ALLAH SWT
Sebagai Muslim, kita wajib percaya bahawa semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Even sehelai daun yang gugur pun, ia takkan gugur jika bukan dengan izin Allah. Apatah lagi dengan kehidupan kita.
Menurut Tuan Fahdi, bergantung kepada Allah adalah dengan cara kita declared matlamat kita kepada-Nya. Kita beritahu Allah, kita nak capai sekian sekian perkara pada tahun 2022. Maka kita pun berdoa, mintalah agar Allah tunjukkan dan datangkan asbab asbab yang memudahkan kita mencapai perkara tersebut.
Tambah Tuan Fahdi, bila kita dah declared dengan Allah, maka jangan sesekali berharap kepada manusia. Kenapa? Jika kita berharap kepada manusia, kalau kita tak dapat kita apa yang kita mahu, nanti kita akan jadi malu atau menyesal. Kita juga akan dikejar matlamat yang akhirnya kita berasa lelah dan penat. Tapi kalau kita berharap kepada Allah, Dia akan datangkan pelbagai possibilities yang mungkin kita tak terfikir untuk peroleh.
- TULIS MATLAMAT
Apa sahaja yang kita nak capai pada 2022, maka tulislah hasrat tersebut. Dengan menulis otak akan lebih berfungsi jika dibandingkan dengan mendengar atau melihat.
Tapi kalau kita tak mampu atau malas nak tulis, maka usahlah berbicara bagaimana nak dapat (sesuatu).
Kata Tuan Fahdi, bila kita menulis matlamat kita perlu specific kan matlamat tersebut. The moment you write it down, you’ll have the keyword of clarity. Clarity equal to power. Bila lagi jelas (apa yang kita tulis) maka akan lebih banyak power untuk bertindak.
Bila ada orang cakap menulis matlamat atau impian ini sesuatu yang cliché, pedulikan sahaja. Kenapa? Ini kerana orang yang berjaya, mereka akan tulis apa yang mereka nak capai. Orang berjaya mereka mampu hasilkan buku. Tapi orang yang tak berjaya hanya mampu berangan sahaja untuk tulis buku.
Tengok sahajalah mereka yang dah berjaya. Pasti ada sebuah dua buku yang mereka hasilkan. Betul tak?
- CARI MENTOR
Dalam apa juga yang kita lakukan, kita perlu ada mentor atau guru. Even masa kita kecil pun, nak belajar pakai baju, ibu kita ‘bertindak sebagai guru’ dan mengajar macam mana nak pakai baju. Bapa kita pun sama. Mereka adalah ‘guru paling awal’ mengajar kita.
Bila semakin dewa, bekerjaya dan sebagainya, kalau nak berjaya atau nak capai apa-apa yang lebih baik dalam hidup, kita mesti cari guru.
Guru tak semestinya orang yang mengajar dalam kelas. Mereka yang berpengalaman luas juga seorang guru. Orang yang dah berbisnes bertahun-tahun juga seorang guru. Maka, belajarlah dengan mereka. Patuhi setiap kata-kata atau tindakan mereka. Kata orang dulu dulu, mereka dah makan garam. Mereka dah lalui macam-macam. Jadi tugas kita adalah mengambil contoh dan pelajari daripada mereka.
Tegas Tuan Fahdi, bila ada guru, kita boleh lajukan proses (untuk berjaya) berbanding orang yang tuntut ilmu tanpa guru. Ya, golongan ini (belajar tanpa guru) juga akan berjaya. Tapi, sebelum nak berjaya tu banyak dinding-dinding yang mereka terpaksa lepasi/hadap/langgar. Jadi, takkan kita pun nak langgar dinding juga kan?
Think again!
- DAPATKAN ILMU
Tujuan utama kita cari guru adalah untuk dapatkan ilmu. Dalam dunia ini, nak buat semua perkara kita kena ada guru dan ilmu.
“Tapi boleh tak kalau saya nak belajar dari Google?”
Jawab Tuan Fahdi, boleh saja kalau kita nak belajar dari Google tapi jadikan ia (Google itu) sebagai satu sandaran sahaja. Maksudnya, janganlah kita terlalu bergantung kepadanya semata tanpa merujuk kepada yang lebih pakar.
Salah satu cara nak cari ilmu adalah dengan membanyakkan membaca. Orang yang banyak membaca adalah orang yang lebih bijak.
Kita ambil contoh mudah. Kita cuba bandingkan orang yang ada ilmu tukar tayar kereta dengan orang yang tak ada ilmu tukar tayar. Bagi yang tak ada ilmu, bila tayar pancit di tengah jalan, mereka cari penyelesaiannya dengan menelefon tow track agar dapat membawa keretanya ke bengkel. Selepas itu, mereka mesti kena keluarkan wang untuk bayar kepada pengendali tow track dan juga pihak bengkel disebabkan tayar pancit itu.
Namun, bagi orang yang ada ilmu tukar tayar, mereka boleh buat kerja-kerja tersebut dengan mudah. Mereka tahu apa yang menyebabkan pancit, macam mana nak keluarkan tayar dan seterusnya menampal kebocoran tanpa mengeluarkan sesen pun.
Point di sini bukan nak tengok siapa lebih jimat. Tapi kita boleh nampak, dengan kelebihan yang ada yakni ilmu kita boleh buat sesuatu tanpa melibatkan perkara lain dan dapat melaksanakannya dengan mudah dan bijak. Bukan dalam ilmu tukar tayar sahaja, hal-hal lain pun sama. Even nak memancing pun, kita perlu ada ilmu macam mana nak memancing. Ia bukan sekadar ada joran dan umpan sahaja.
Got it?
- BUANG SIFAT MALAS
Tahukah anda, antara sebab-sebab kejatuhan empayar Uthmaniah adalah disebabkan sifat malas? Bayangkan sebuah penguasa yang meliputi 2/3 kawasan dunia dan terbina sejak beratus-ratus tahun itu boleh musnah hanya kerana sifat malas yang wujud dalam kalangan mereka?
Jika sebuah kerajaan yang gah boleh tumbang, apatah lagi ‘kerajaan’ yang kita bina di rumah, di pejabat dan lain-lain?
Ramai pakar dalam pelbagai bidang bersetuju bahawa, sifat malas merupakan antara perkara yang menyebabkan kita sukar nak capai sesuatu. Kita ambil contoh mudah. Kalau kita malas nak bangun tidur awal, adakah kita boleh sampai ke tempat kerja tepat masanya?
Apa akan jadi dengan prestasi kerja kita kalau kita selalu datang lambat? Adalah kebarangkalian untuk dinaikkan pangkat lebih tinggi jika rekod peribadi kita di pejabat (datang lewat) ‘tak cantik’ di mata pihak pengurusan?
Anda ada jawapannya. Jadi, apa sahaja yang anda ingin capai di tahun 2022 ini atau apa sahaja yang anda hendak ubah, maka perkara yang perlu anda nyahkan sekarang adalah buang sifat malas.
Pepatah Arab ada menyebut:
اِجْهَدْ وَلاَ تَكْسَلْ وَلاَ تَكُ غَافِلاً فَنَدَامَةُ العُقْبىَ لِمَنْ يَتَكاَسَلُ
“Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermalas-malasan serta jangan lengah. Ini kerana penyesalan itu untuk si pemalas.”
Wallahu ‘alam.
Anda boleh tonton video penuh di SINI.
Credit gambar-gambar lain. canva.com