Manusia memang tidak terlepas daripada sifat negatif. Namun itu bukan ‘lesen’ untuk kita terus kekal dengan sifat ini. Lebih-lebih lagi di tempat kerja di mana kita bergaul, bekerjasama dan berurusan dengan ramai orang.
Secara peribadi, mungkin kita berasakan tindakan dan perangai kita ini ‘elok’ sahaja. Tiada cacat cela. Tetapi, pada pandangan dan tanggapan orang lain, ia sangat menyakitkan ‘mata’ dan ‘hati’. Sekiranya anda tidak mengubahnya, besar kemungkinan khidmat anda tidak diperlukan di tempat kerja tersebut atau dalam kata lain: “YOU’RE FIRED!”
Jadi, bagaimana nak tahu sama ada kita ini seorang yang toksik di tempat kerja atau tidak? Jom semak 5 tanda ini. Adakah ia sedang ‘bersarang’ dalam diri anda?
- Cemburu dan iri hati melampau
Rakan sekerja naik pangkat, kita cemburu. Budak meja sebelah beli motosikal baru kita iri. Pekerja senior dapat naik gaji kita komplen dan macam-macam lagi perkara yang kita buat, tanpa sedar ia adalah satu toksik yang sedang membusuk dalam diri. Tak cukup dengan itu, kita cakap-cakap buruk di belakang mereka dan mempertikaikan atau komplen itu ini.
Sekiranya anda betul-betul tak puas hati, kenapa tak berterus-terang? Kalau anda nak gaji lebih atau nak jadi seperti mereka, kenapa tak nak kerja bersungguh-sungguh?
- Berbohong
“Maaf bos, saya lambat sebab ada orang block kereta saya…” pada hal sebenarnya anda lewat bangun sebab main games sampai 3.00 pagi. Lebih buruk lagi, dengan rakan sekerja pun anda buat perkara sama.
“Sorry bro, aku tak sempatlah nak hantar quotation ni kat client. Aku kena balik awal. Mak aku nak datang KL…” hakikatnya anda nak balik awal sebab nak main futsal.
Pepatah mengatakan:
“Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.”
Anda mungkin boleh sorok pembohongan ini selama mana yang anda mahu. Tapi, adakah anda tahu ‘masa terkantoi’ kelak? Ketika itu, sudah terlambat untuk bertindak. Apatah lagi kalau diberi notis 24 jam (dipecat).
- Gemar perlekeh orang lain
Ada saja benda yang tak kena di mata anda. Ada saja komen pedas yang keluar dari mulut anda. Tak cukup dengan itu, anda perlekehkan usaha dan kerja orang lain.
“Buruknya drawing kau ni! Betul ke kau ni graduan architecture?”
“Kata student U. Tapi speaking ke laut!”
Amboi, sedapnya mulut memperlekehkan (kerja) orang lain? Kerja kita macam mana? Sempurna sangat ke? Kalau orang lain cakap macam tu pada kita, rasa-rasanya kita melenting ke tak? Hmm…
- Suka perbetulkan orang lain
Kita berasakan semua pandangan, buah fikiran, sentuhan kerja dan lain-lain daripada kita dalah perfect dan muktamad. Hey, hello! Adakah anda seorang majikan di situ dan semua orang kena ikut cakap anda?
Kalau begitu, adalah lebih baik anda tubuhkan syarikat sendiri. Jika tidak mampu, hentikan toksik ini. Kita sebagai manusia tidak akan pernah sempurna. Kalau nak betulkan sesuatu, biarlah ia relevan atau ada kena mengena dengan tugasan.
- Bersangka buruk
‘Toksik’ ini bukan sahaja boleh menghancurkan karier anda malah boleh merosakkan juga peribadi.
“Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.”
Tapi kalau anda sentiasa syak wasangka dengan rakan sepejabat, lama-kelamaan mereka akan rasa menyampah dan tak mustahil akan memulaukan anda.
Anda dapat sesuatu daripada perkongsian ringkas ini? Jika ya, nyatakan di ruangan komen di bawah.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dengan produk kami, anda boleh hubungi kami di: 011-5786 6291.
Jom join channel Telegram rasmi kami di SINI.