6 fakta best ini dikongsikan Tuan IR. Mursyidi; salah seorang individu hebat yang pernah mencurah bakti dan kepakarannya dalam industri ini lebih dari 10 tahun. Ayuh, teruskan membaca!
Kerjaya di sektor oil & gas sering kali menjadi pilihan ramai terutama mereka yang baru graduate. Tidak kurang juga kerjaya ini juga antara dream work bagi mereka yang masih di bangku sekolah.
Kenapa kerjaya di sektor ini menjadi pilihan? Antara sebabnya adalah, dalam gambaran (fikiran) mereka, kerjaya ini dilihat hebat dan ‘bergaya’ kerana adanya perkataan ‘minyak dan gas’ yang sekaligus memberi gambaran bahawa career ini sesuatu yang mencabar dan ‘mahal’. Disebabkan itu, ramai bertungkus-lumus belajar demi menggapai ‘status’ sebagai pekerja di sektor oil & gas.
Pun begitu, adakah ia semudah yang difikirkan? Benarkah kerjaya ini betul-betul mengangkat status karier seseorang? Atau sekadar omong kosong sahaja?
Mungkin soalan-soalan ini antara perkara yang sering bermain di fikiran anda, bukan? Lepas SPM, nak sambung belajar dalam bidang yang bagus. Lepas tu, mana tahu selesai graduate ada rezeki bekerja di lapangan yang hebat dan bergaji besar?
Disebabkan memahami keadaan itu, jadi kali ini admin ada sediakan artikel menarik dan mungkin boleh memberi sedikit inspirasi dan motivasi buat mereka di luar sana. Jom baca!
- Kerjaya Menarik Lagi Mencabar
Offshore technician, piping inspector, HSE (health, safety & environmental) manager dan lain-lain adalah antara 1001 jawatan yang ada dalam industri minyak dan gas (klik di SINI untuk mengetahui senarai jawatan yang ditawarkan dalam industri ini).
Bersesuaian dengan namanya, maka untuk menjadi sebahagian daripadanya, sudah pasti anda perlu mempersiapkan diri dari awal. Awal di sini bukan merujuk kepada situasi selepas dapat tawaran belajar di universiti atau kolej, ya! Sebaliknya anda hendaklah bersedia sedari usia muda.
Menanamkan minat yang mendalam terhadap sektor ini, menyukai bidang sains dan seangkatannya serta dorongan daripada keluarga juga memainkan peranan. Kenapa?
Berbalik kepada title, kerana ia suatu kerjaya yang mencabar. Mencabar di sini bermaksud, anda bukan sahaja perlu dapatkan keputusan yang bagus lagi cemerlang dalam SPM atau score 4.0 setiap semester.
Tetapi anda juga perlu sentiasa mengekalkan tumpuan (fokus) agar cita-cita dan impian untuk bekerja dalam industri ini akan tercapai dengan jayanya.
Mereka yang sukakan kerjaya yang challenging mungkin boleh menyahut cabaran ini. So, are you ready to accept the challenge?!!
2. Menggunapakai Pelbagai Aplikasi Kejuruteraan
Menariknya kerjaya di oil & gas ini adalah, banyak aplikasi kejuruteraan dapat digunakan. Kita ambil contoh Tuan IR. Mursyidi sendiri. Ketika menyambung belajar di New Zealand dahulu, beliau bukan mengambil kursus yang majoring dalam industri minyak dan gas. Sebaliknya beliau mengambil kursus mechanical engineering!
Jadi, dari sini anda boleh nampak bahawa aplikasi-aplikasi kejuruteraan yang dipelajari Tuan IR. Mursyidi ketika di universiti, telah beliau kembangkan ke dalam kerjayanya. Apabila tanggungjawab dalam karier semakin bertambah lagi mencabar, beliau mengambil langkah bijak demi mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan beliau dalam industri ini dengan cara menduduki peperiksaan API.
Ingin tahu lebih lanjut tentang API Exam dan cara hendak lulus dengan mudah. Klik di SINI dan SINI untuk menambah pengetahuan anda.
3. New Development & The Latest Technology
Kemajuan dunia yang kita dapat nikmati pada hari ini mungkin juga sebahagian daripada kesan pembangunan teknologi yang dibangunkan pada 20 – 30 tahun lepas. Tak mustahil juga mungkin pada 50 ke 100 tahun yang lalu.
Dalam industri minyak dan gas, ia juga tidak terkecuali. Kenapa? Ini kerana sektor sebesar dan sepenting ini perlu ‘berjalan seiring’ dengan pembangunan dan teknologi terkini. Semuanya berlaku disebabkan penemuan-penemuan baru yang secara tidak langsung memberi cabaran yang lebih hebat dan competative.
Kalau 20 – 30 tahun yang lepas mungkin ada sesetengah tugasan atau pekerjaan di pelantar minyak (ini sekadar contoh, ya!) dilakukan secara manual. Tetapi pada hari ini, ia telah diambil alih atau mendapat bantuan robot, dron selain teknologi-teknologi terkini seperti digital innovation dan lain-lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang advance technology and its relation dalam industri iminyak dan gas, anda boleh klik di SINI untuk membaca.
4. Belajar Networking Dan Bekerja Dalam Satu Pasukan
Dalam apa jua bidang pekerjaan, networking memainkan peranan penting bagi menjayakan sesuatu perkara atau projek.
Tambahan pula dalam industri minyak dan gas ini, networking-nya sangat besar dan meluas. Bukan sekadar merangkumi perihal petroleum di Malaysia sahaja, malah melibatkan seluruh dunia. Dan ini pasti menuntut seorang pekerja itu untuk belajar dengan cepat selain mudah mengadaptasikan diri dengan suasana dan skop pekerjaan yang dipertanggungjawab ke atasnya.
Menariknya kerja di oil & gas ini adalah, ia bukan kerja ‘sendiri-sendiri’ meskipun kita hebat atau score dengan cemerlang pada setiap semester atau menjadi pekerja contoh. Industri ini adalah sebuah sektor yang amat menitikberatkan kerja berkumpulan di mana; untuk menyempurnakan sesuatu tugasan dan amanah yang diberi, ia memerlukan kerjasama daripada pelbagai kepakaran dan lapangan.
Kata Tuan IR. Mursyidi, beliau mungkin tidak dapat menyempurnakan tugasan dan tanggungjawabnya selama berkhidmat dalam bidang ini sekiranya beliau tidak dibantu oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang kimia, geologi, teknikal dan sebagainya.
Tegas beliau lagi, bila kita bekerja secara berkumpulan, secara tidak langsung ia dapat membangunkan produktiviti kendiri. Kita menjadi lebih kreatif serta dapat berdaya saing secara sihat. Pada masa sama, kita dapat bergandingan untuk menyumbang ke arah kejayaan industri.
5. Peluang Bekerja Di Luar Negara Dan Di Syarikat Oil & Gas Ternama
Just name it! Petronas, Shell, Exxon, Saudi Aramco, Chevron, PT. Pertamina dan lain-lain… antara nama-nama syarikat minyak yang gah dalam industri oil & gas ini.
Pun begitu bukan semua orang berkelayakan untuk bekerja di syarikat-syarikat ini melainkan mereka berjaya memenuhi kriteria-kriteria tertentu selain telah mempersiapkan diri dengan ilmu kejuruteraan, sains atau yang seangkatan dengannya ketika melanjutkan pelajaran di menara gading.
Selepas itu, kata Tuan IR. Mursyidi, apabila anda memperoleh peluang bekerja dengan syarikat-syarikat minyak gergasi ini, pengalaman bekerja yang diraih itu boleh memberikan marketability yang sangat tinggi.
Ini suatu perkara yang sangat menarik dan juga pada masa sama ia memberi anjakan paradigma yang sangat besar untuk anda mengembangkan karier dalam bidang lain.
6. Pendapatan / Gaji Lumayan
“Berapa gaji kau kau pelantar minyak tu?”“Hmm… adalah RM10K…”
“Wow! Lumayannya! Dahsyat!”
Tuan IR. Mursyidi sendiri tidak menafikan yang gaji dan pendapatan di sektor ini sangat lumayan. Namun, untuk dapatkan ‘imbuhan’ itu, suka atau tidak, kita perlu berbalik kepada point nombor satu iaitu mempersiapkan diri dari awal dan kekal fokus.
Bagaimana? Anda dapat sesuatu yang bermanfaat menerusi perkongsian ini?
Ada satu lagi peluang bagi mereka yang telah bekerja atau berkhidmat dalam industri minyak dan gas ini untuk memperbaiki atau mempertingkatkan kerjaya ke arah yang lebih baik.
Caranya adalah dengan menduduki peperiksaan khas yang diberi nama API Exam. Peperiksaan ini terbuka untuk semua. Namun ada beberapa prosedur yang perlu diikuti sebelum anda layak mendudukinya.
Di Ipetro Academy, kami menyediakan pelbagai program, workshop, webinar percuma dan perkhidmatan lain khusus untuk anda yang berhasrat mahu dapatkan API Certificate.
Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami di talian 011-5786 6291 dan kami akan hubungi anda sejurus selepas itu.