PERIHAL RINGKAS TENTANG UPSTREAM DAN DOWNSTREAM

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Kalau anda baca atau cuba meneroka perkara yang berkaitan dengan minyak dan gas, anda pasti akan jumpa perkataan upstream dan downstream.

Tetapi, tahukah anda maksud upstream dan downstream sebenarnya? Adakah ia mempunyai persamaan? Adakah ia saling berkait antara satu sama lain? Mengapa ia sering dikaitakan dengan industri minyak dan gas?

Bagi mereka yang terlibat dalam sektor minyak dan gas ini pastinya sudah sedia maklum akan dua perkara ini. Manakala bagi mereka yang menceburi bidang lain mungkin belum benar-benar mengetahuinya secara lebih mendalam atau mungkin ketika membaca post ini, baru mengetahuinya buat pertama kali.

Well, itu bukan masalah besar. Jom kita kenali upstream dan downstream secara ringkas!

Pertama sekali anda perlu ketahui bahawa penggunaan perkataan upstream dan downstream dalam bidang minyak dan gas ini sebenarnya merujuk kepada aktiviti-aktiviti berkaitan bekalan minyak dan gas. Kedua-dua aktiviti ini memang saling berkait rapat antara satu sama lain.

Upstream merupakan sektor huluan manakala downstream pula adalah sektor hiliran. Dalam kata lain, upstream adalah aktiviti penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas manakala downstream pula merujuk kepada aktiviti memproses produk petroleum seperti petrol, diesel, lubricants dan banyak lagi.

Jadi, setelah aktiviti upstream dilakukan seperti mengkaji dan drilling, barulah aktiviti downstream dapat dijalankan iaitu menapis dan memproses untuk menghasilkan produk-produk berasaskan petroleum.

Codes dan standard API turut digunapakai dalam bidang minyak dan gas ini. Sebagai contoh, di downstream. Ia memiliki banyak equipment dan pipeline.

Adakah informasi ini belum cukup untuk anda kenali lebih mendalam tentang upstream dan downstream? Nah, pautan INI dan INI boleh anda klik dan layari untuk tambahkan ilmu pengetahuan dalam sektor minyak dan gas. Mudah-mudahan ia bermanfaat.

Tapi sekiranya anda ingin belajar lebih lagi tentang upstream dan downstream serta ilmu API, apa kata anda belajar bersama kami di Ipetro Academy. Klik pautan INI untuk mengetahui lebih lanjut.

More To Explore