Sekiranya anda merancang untuk mempertingkatkan kerjaya dalam Asset Integrity Management, API Exam merupakan pensijilan wajib yang boleh membantu anda mencapai hasrat tersebut. API 510, 570 atau API 653 boleh diambil sebagai permulaan. Tetapi, betul ke exam API ni susah?
Ya dan tidak. Mana-mana peperiksaan pun akan jadi mudah jika persedian dibuat dengan baik dan teratur. Ia akan jadi susah jika sebaliknya. Setuju? Sama juga dengan exam API. Ada yang ambil sekali terus lulus dan ada yang perlu ulang sampai empat kali baru lulus.
“Saya dah baca buku, Tapi gagal juga. Apa saya kena buat?”
Exam API terbahagi kepada beberapa bahagian dan bentuk soalan. Jadi jika mahu lulus exam API, ada kemahiran tertentu yang perlu anda kuasai.
Klik SINI untuk lihat format peperiksaan.
Manakala yang baru bekerja, tempoh pengalaman selama lebih kurang setahun akan diambil kira. Baca di SINI untuk mengetahui kelayakan menduduki API Exam .
Tahniah! Anda Berjaya Mendaftar Sebagai Calon API Exam. So, What’s Next?
Adakah anda cuma duduk dan tunggu sahaja tarikh peperiksaan tiba? Atau, hanya pergi perpustakaan dan cari bahan bacaan? Atau… hanya mengharapkan ‘universiti Google’ dan ‘kolej Wikipedia’?
No, no! Semua itu tidak boleh ikut! Unless, anda ikuti 5 tips hebat ini. Menariknya ia dikongsikan individu yang telah lulus cemerlang dalam API Exam. Beliau ialah Tuan IR. Mursyidi Mohammad, merangkap founder Ipetro Academy.
Jom kita semak perkongsian berharga ini!
1. Cara Belajar Yang Betul

Setiap orang ada cara belajar tersendiri. Tetapi betul ke cara belajar yang anda pilih tu? Adakah ia benar-benar ‘masuk dalam kepala’ dan hadam sepenuhnya? Atau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?
Meskipun anda pernah score dalam SPM atau final semester exam di universiti, namun selepas beberapa tahun, situasi, persekitaran, keadaan diri dan lain-lain telah banyak berubah. Kalau dulu ada kawan-kawan ajak study sama-sama. Tapi sekarang?
Tambah pula Exam API ini banyak code, terms baru dan lain-lain yang perlu diingati atau dihafal. Jadi, adakah cara anda belajar dahulu masih relevent selepas beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan?
Admin ingin kongsikan cara belajar dengan betul berdasarkan pandangan pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah. Ada 14 cara beliau kemukakan dan ia sesuai digunakan tanpa mengira sebarang situasi anda. Klik di SINI untuk baca perkongsian tersebut.
2. Beri 100% Fokus

Apa maksud focus?
F – Follow O – One C – Course U – Until S – Success
Dalam apa jua perkara yang dilakukan, sama ada belajar, bekerja atau berniaga, fokus memainkan peranan besar untuk menentukan hala tuju kita yang kita pilih.
Admin tahu, niat anda ambil API Exam adalah untuk kebaikan masa depan karier. Tetapi sejauh mana anda benar-benar fokus sebelum tibanya peperiksaan itu? Adakah fokus anda hanya pada soalan ramalan peperiksaan sahaja? Atau cuma fokus pada membaca sahaja?
Kalau boleh anda mahu fokus semua perkara. A to Z. Tetapi, muncul satu persoalan. Mampu ke nak beri 100% fokus?
Admin, anda , dia… masing-masing ada cara tersendiri untuk kekal fokus. Bagi yang masih tercari-cari formula sesuai, link INI ada kongsikan 7 cara fokus dalam belajar. Mudah-mudahan anda dapat sesuatu sebagai salah satu persediaan anda menghadapi API Exam kelak.
3. Tanya Mereka Yang Berpengalaman
“Yang lebih dahulu makan garam.”
Pernah dengar kan peribahasa ini? Apa maksudnya? Ia merujuk orang (tua) yang terlebih dahulu berasa penat-lelah, pengalaman hidup dan lain-lain sebelum kita sendiri yang menempuh detik tersebut.
Dalam hal ini, admin merujuk mereka yang telah mengambil API Exam. Mereka sama seperti anda. Ingin berjaya menempatkan diri dalam peperiksaan ini dan seterusnya lulus dengan cemerlang.
Tetapi, semua itu tidak mudah. Menurut Tuan IR. Mursyidi, ramai pelajar beliau gagal dalam API Exam. Malah ada yang gagal lebih daripada sekali! Tetapi adakah mereka berputus asa? Tidak!
Berbekalkan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan mereka yang berpengalaman, individu ini bangkit dan seterusnya berjaya dengan cemerlang. Paling membanggakan disebabkan kejayaan ini, beliau menikmati karier yang lebih baik.
Menarik, kan? Tetapi… bagaimana saya nak involve atau dekati golongan ini? Nah, ini LINK group forum khas yang boleh anda masuk dan bertanya kepada mereka yang bukan sahaja lulus API Exam malah nak dapatkan info lanjut daripada itu pun tiada masalah.
4. Perlu Ada Mentor

“Tunjuk ajarku, sifu!”
Hebat dan canggih mana pun teknologi pada hari ini, kita tidak boleh pinggirkan peranan guru atau mentor. Masa di sekolah atau universiti dulu, kita sedia dengar cakap guru dan pensyarah. Kita ambil ilmu mereka dan seterusnya kita mampu berjaya seperti hari ini (kerana berkat ilmu mereka).
Dalam hal ini juga tidak terkecuali. Kalau anda benar-benar ingin lulus API Exam ini, carilah mentor yang tepat. Maksudnya, mentor ini telah terbukti mendidik dan membimbing calon-calon peperiksaan hingga mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.
Ya, memang betul kita boleh belajar sendiri dan refer pelbagai sumber yang ada. Tetapi, sejauh mana kita boleh pergi? Kalau setakat sehari dua, mungkin boleh lagi. Kalau sebulan? Dua bulan? Siapa nak bantu?
Untuk pengetahuan anda, salah seorang mentor yang sedia membantu anda untuk lulus API Exam ini ialah Tuan IR. Mursyidi. Beliau telah terbukti membantu ramai calon-calon lulus cemerlang. Admin menjemput anda untuk follow Facebook dan Telegram channel Tuan IR. Mursyidi untuk dapatkan info lanjut.
5. Sertai Ipetro Academy
Kenapa anda perlu sertai Ipetro Academy?
Kepakaran kami adalah membantu anda untuk kembangkan kerjaya dan kebolehpasaran selain menyediakan formula tepat untuk masa depan karier anda yang lebih baik.
Di Ipetro Academy, kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bermutu dan persediaan jitu untuk bakal-bakal calon peperiksaan API. Tetapi kami juga mempermudahkan anda cara belajar, menguasai silibus API sekaligus membuka jalan untuk lulus peperiksaan ini dengan cemerlang.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom lulus cemerlang API Exam bersama Ipetro Academy!
Hubungi kami sekarang di talian 011-5786 6291.